Friday, April 30, 2010

kesayanganku..kehidupanku..







senyuman dan kebahagiaan mereka adalah segalanya....

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah penguasa sekalian alam yang masih memberi peluang untuk aku menghirup udara dan melihat cahaya untuk kesekian kalinya. Baru sahaja balik dari kem motivasi upsr fasa 1 di SK Kaingaran Tambunan dengan membawa kenangan, pelbagai perasaan dan yang paling nyata sekali aku penat. kepenatan itu bercampur rindu sebenarnya...lamanya tidak balik rumah sedangkan jarak tidaklah sejauh aku bertugas di Nabawan dahulu tetapi kerana kekangan pelbagai program membuatkan hari sabtu dan ahad pun aku tidak berkesempatan balik rumah. Hari ini adik bongsuku yang nakal dan manja itu balik...Mohd Habib..antara kami berlima memang adikku yang seorang ini paling suka sekali balik setiap cuti yang ada walaupun cuti hujung minggu. Pantang sekali ada cuti, muka dialah yang dulu sampai rumah. ya sapa yang tidak suka balik rumah..di sana ada abah yang sentiasa berkongsi cerita, mengusik, memberi tazkirah, mengajar, menjadi kaunselor anak-anak, berkongsi bahan bacaan dari komik sehinggalah buku-buku ilmiah dan agama. Ada juga Mommy yang selalu menjadi pengurus kesihatan, guru, kawan bergelak ketawa dan paling penting mommy penjaga jadual kehidupan kami sekeluarga..
 
" ana, nokosuang nu no ngawi e tanggayannu?"
(ana, semua barang2 yang mahu dibawa sudah di masukkan?)
"ho..nokosuang no.." (ya sudah)
"Pija jangan lupa bawa Handphone..nanti telefon si abah
kalau sudah sampai sana.."
"Lina bagus-bagus jalan pigi semenanjung..belajar betul-betul.
tiket sudah bawa?"
"Ipie..jangan lupa makan ubat sebelum tidur"
"Abib bangun sembahyang subuh..cepat mau siang sudah ni.."
 "intang-intangan keti do mamanau..okon ko millaju..
igitai keti ti gula-gula, wo e ko mintutok papamanau kerita"
(hati-hati jalan, jangan pandu laju sangat..bawa gula-gula ni supaya tidak mengantuk waktu memandu....ini selalunya dialog Mommy untuk abah setiap kali memandu jauh)..

begitulah antara dialog mommy untuk kami setiap kali...owez care..
Alhamdulillah, aku sangat bersyukur dilahirkan dan dibesarkan didalam keluarga kecil ini. aku yakin adik-adikku jua begitu...setiap ibu bapa mempunyai kelebihan masing-masing.bersyukurlah kerana mereka masih boleh mendengar luahan rasa dan masih boleh berkata-kata menegur kesalahan kita kerana ada orang lain yang bukan sahaja tidak berkesempatan menyatakan rasa sayang malah tidak pernah melihat wajah2 penuh kasih sayang ini.